You are here:   Events > Intan yang Tercanai
Register   |  Login

Tarikh/ Date :: 8 – 12 Julai 2009, 8:30 pm

Lokasi :: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dewan Syed Nasir

Teater Intan yang Tercanai

Saksikan satu lagi karya ulung Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan.
Watch another great masterpiece from National Laureate Datul Nordin Hassan.
 
Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis atau dibahasakan Ungku Anis. Ungku Anis, seorang yang bijak, menawan dan sensitif. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial tidak mempunyai fahaman agama yang jelas walaupun dia pernah mengarak kavadi semasa perayaan Thaipusam penganut agama Hindu semata-mata untuk memenuhi nazar ibunya. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya.
The theatre tells a story of Ungku Anis, a beauty, smart, talented and sensitive woman. She befriended Danial Sundram since her teenagers and carried on the friendship whilst studying abroad.  Danial is not religious, but he did once carry the Kavadi during Thaipusam. The act was special as it was then his dying mother’s wish.
 
Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa hingga sanggup datang bersama kawan-kawannya pada hari Danial menanggung kavadi menyentuh dan mengharukan hati Danial. Bukan itu sahaja, Ungku Anis juga terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung malah hingga sanggup bersama-sama misi Kristian membantu orang di Guatemala dan negara-negara Afrika. 
Ungku Anis was special. She was there giving support when Danial carried the Kavadi. She was also active socially, working alongside the Christian missionary in Guatemala and Africa. She touched Danial on that sense.
 
Dalam usia muda Ungku Anis ke Makkah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Sama ada dia terkorban, tiada siapa yang tahu kerana Ungku Anis tidak pernah ditemui selepas itu. 
The story moves to the part where Ungku Anis performed pilgrimage (Haji) at Mecca. It depicts a true story where 1,426 Muslims demised in the Al-Mu’aysam tunnel’s tragedy. Ungku Anis disappeared since then.
 
Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Makkah untuk mencari sahabat yang sangat dikasihi itu. Ada orang yang mengaku melihat kelibat wanita seperti Ungku Anis di Makkah. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil di Makkah yang mengatakan dia pernah membantu Ungku Anis semasa peristiwa Terowong Al-Mu’aysam. Haji Fadzil pada suatu hari telah membawa Danial ke Gua Hira’ untuk menemui Ungku Anis.
The loss of Ungku Anis hit Danial badly. He went to Mecca himself to find Ungku Anis. There he met a person, Haji Fadzil who thinks he saw a lady looks like Ungku Anis. Haji Fadzil remembers that he helped a lady look like Ungku Anis during the tragedy. Excitedly, Danial follows Haji Fadzil to Gua Hira’ to search for her.    
 
Drama ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Drama ini juga mengangkat sikap manusia yang dalam pencarian erti kebenaran. Dan juga bagaimana manusia-manusia yang hilang sifat kemanusiaan ketika dalam ujian musibah sedangkan selama ini sifat itulah yang diajarkan dan disemai ke dalam diri mereka.
This theatre zooms into humanity issues. It brings us to search the meaning of Truth and how human characters are shown along the way. The key morale is how we stick to the humanistics values, regardless of what may.    


“Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa tersirat.”
“If it appears impossible from what is seen, find what is not seen”