Konsert Malam Nada Biru

Siri Konsert Malam Nada Biru akan bermula dengan 2 bintang Jazz negara, Atilia dan Noryn Aziz. Konsert tersebut akan diadakan pada 30 dan 31 Julai 2009, di Lambang Sari, Istana Budaya.
Malam Nada Biru starts with Atilia and Noryn Aziz, two chanteuse of Malaysian Jazz scene. This event will be held on 30 and 31st July 2009, at Lambang Sari, Istana Budaya.
Konsep konsert Malam Nada Biru adalah merupakan sebuah persembahan jazz yang unik, enak dan indah. Konsert ini adalah hasil usahasama Bsync Productions dan Mujik Productions.
The concept behind Malam Nada Biru is to bring a series of concerts of unique, simple and yet alluring musical performances. The brainchild behind the concert is Bsync Productions and Mujik Productions.
Datang dan saksikan konsert ini. Atilia dan Noryn Aziz akan dibantu oleh kumpulan Mujik Majik, yang dianggotai oleh personaliti-personaliti utama muzik di Malaysia. Eric Li, Sze Wan dan Tok Khon akan bermain keyboard, Steve Thornton seperti biasanya bermain Percussion, Lewis Pragasam bermain drum, Jamie Wilson bermain guitar dan Zailan bermain Bass.
Come and watch the concert. Atilia and Noryn Aziz will be supported by Mujik Majik band, comprising key musical personalities in Malaysia. Eric Li, Sze Wan and Tok Khon will be on the keyboards, Steve Thornton on Percussion, Lewis Pragasam on drums, Jamie Wilson on guitar and Zailan on Bass.
Konsert ini menjanjikan satu era baru di dalam sejarah persembahan jazz Negara.
The concert promises a benchmark in Malaysian Jazz scene.