You are here:   Events > Muzikal Kanak-Kanak Sinbad
Register   |  Login

Pelan Jualan

Minimize

Tarikh Persembahan
2 – 13 Disember  2008
(TIADA PERSEMBAHAN PADA 7, 8 & 9 DISEMBER)

Persembahan Malam
(2 – 6 Disember, 10 – 13  Disember)
8.30 Malam

Persembahan Matinee/Petang
(6 & 13 Disember)
3.00 Petang

Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya


Tiket
RM20, RM30 & RM50

Google Adsense

Minimize

SINOPSIS

Minimize

TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD

SINBAD, seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata. 

Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Suatu hari dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad. Baginya Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan.

Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman. 

Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya. Sebagai ganti, Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum.

Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walau pun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan upah berganda oleh Puteri Nursaibah.

Apabila sampai di Maya Bencana, Sinbad diuji pula kejujurannya oleh Dewi Bencana sama ada beliau benar-benar jujur dalam mendapatkan Kitab tersebut atau kerana upah mahal yang ditawarkan kepadanya. Sekiranya jawapan Sinbad jujur, atas nama dewi lautan, Dewi Bencana berjanji akan menyerahkan kembali kitab tersebut. 

Apabila Sinbad menyatakan kejujurannya mahu menyelamatkan Putera Zariq, Dewi Bencana sekali lagi mahu mempermainkan Sinbad dan terus lenyap dengan menghilangkan diri bersama Kitab Damai.

Sinbad kembali dan bersedia menjalani hukuman. Saat hukuman dijatuhkan, Dewi Bencana tiba-tiba muncul. Dengan rasa penuh keterpaksaan, beliau mengotakan janji, menyerahkan kembali Kitab Damai atas kejujuran kata-kata Sinbad.

SINBAD dipentaskan Istana Budaya dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasiona Malaysia (FINAS) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Penampilan Khas
Raja Azura (Kak Engku)

Tarikh Persembahan
2 - 13 Disember 2008 (TIADA PERSEMBAHAN PADA 7,8,9 DISEMBER)

Masa (Persembahan Malam: 2 - 6 Disember, 10 - 13 Disember)
8.30 Malam

Masa (Persembahan Matinee/Petang: 6 & 13 Disember)
3.00 Petang

Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya