![]() |
Your Online Tickets
|
Sinopsis “ Teater Se-Merah Padi”INILAH ceritera tentang keteguhan seorang wakil sultan yang acap dipanggil Penghulu atau ‘Merah’ menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah ‘mukim padi’ [mukim kecil]. Semerah Padi itu sebuah mukim yang terletak di sebuah negeri dalam gugusan pulau-pulau Melayu pada zaman awal kedatangan Islam ke Nusantara. Tok Penghulu [atau Dato’ Merah] sentiasa tekal berpegang kepada ajaran Islam. Dua pendekarnya, Aduka dan Taruna bersahabat baik. Kedua-dua pemuda yang menjadi pengapit kanan dan kiri itu ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan mengikut hukum ahkam Islam. Tanpa diketahui Tok Penghulu, anak gadisnya Dara, diam-diam mencintai Aduka. Sudah menjadi tradisi, Tok Penghulu mengikat Dara dengan Taruna dalam ikatan pertunangan. Lantaran Dara tidak sanggup menderhaka kepada ayahnya dan Aduka yang enggan melukakan hati Taruna, percintaan sepasang remaja itu putus. Pada suatu ketika, tatkala negara mereka diserang lanun, Taruna dihantar oleh Tok Penghulu untuk berkhidmat kepada baginda sultan yang memerintah negara. Sepeninggalan Taruna, Kampung Semerah Padi diserang Borek dan gengnya. Dara diculik Borek. Aduka diperintahkan oleh Tok Penghulu untuk memburu Borek dan menyelamatkan Dara. Dalam usaha untuk menyelamatkan Dara, pasangan yang pernah bercinta ini menghadapi kemelut jiwa yang hebat lantaran mendapati perasaan cinta mereka masih membara lalu terjadilah kejadian yang tidak disangka-sangka. Aduka ditunggangi rasa bersalah kerana terperangkap di antara ‘kesucian dan dosa’. Konflik memuncak sesudah Taruna pulang dari medan perang. Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Apakah Tok Penghulu sanggup melaksanakan hukum Islam kepada keluarganya sendiri? Apakah pergolakan Semerah Padi seterusnya? Mampukah Tok Penghulu, Aduka dan Taruna berpegang teguh kepada hukum daripada kitabullah? Saksikanlah... |
What's New? |
Our ServiceWaktu Operasi Box Office Istana Budaya /Box Office Operation HoursSekiranya Tiada Persembahan / Normal Days Isnin- Jumaat ( Mon - Fri ) : 9.00 am - 6.00 pm Isnin- Jumaat ( Mon - Fri ) : 9.00 am - 9.00 pm Persembahan Malam ( Evening Performance ) : 6 Tahun dan Ke Atas ( 6 Years Above ) Baju T Berkolar Bulat (L ) / Seluar Pendek /Jeans Koyak Lusuh / Selipar TIDAK DIBENARKAN |
Our OutletsTicket2U Call CentreHotline No: 03 4147 8600 9:00am to 5:00pm Monday to Friday Istana Budaya Box OfficeJalan Tun Razak 50690 Kuala Lumpur Tel: 603 - 4026 5558 Sriamera Holidays (M) Sdn BhdLot 1.41 1st Floor Plaza Alam Sentral NO.8 PASAR AWAM, PRECINT 16, Monday - Friday 9.00am-6.00pm Monday - Friday 9.00am-6.00pm Monday - Friday 9.00am - 5.00pm/ Saturday 10.00 am - 3.00 pm/ Public Holidays & Sunday Close Monday- Friday 9.00am - 6.00pm |
|
|
|
|
Follow Us
|
Our Customers Say: |
![]() |





