NOORDIN HASSAN
(Noordin Bin Hassan, Dato’, Sasterawan Negara / National Laureate)
Lahir / Born :: 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang
Alamat / Address :: 60, Jalan Limau Kasturi, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur
Tidak hairanlah jika dunia seni menjadi pilihan Noordin Hassan kerana ayahnya sendiri, Hassan Aluih Pakcik Kaya adalah seorang yang dikenal sebagai tukang karang boria, sejenis permainan tradisi Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ayah beliau merupakan seorang pencinta seni dan tokoh yang sangat mengambil berat terhadap pendidikan agama.
It is no wonder Noordin Hassan’s selection is Arts because his father, Hassan Aluih Pakcik Kaya was the leader of Boria, a traditional Art popular in Penang. His father was an Art lover who has deep interest in Islam.
Selepas mendapat tiga orang anak perempuan, Hassan pernah memberitahu isterinya, jika anak yang keempat nanti juga perempuan, dia akan kahwin lagi untuk mendapatkan anak lelaki. Sudah takdir Tuhan, anak keempat itu seorang lelaki; itulah kini yang dikenal dengan nama Noordin Hassan, seorang penulis drama yang tidak asing lagi kepada peminat-peminat drama tanah air. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu Noordin berusia tiga tahun.
A trivia in the family, Noordin Hassan is the 4th child in the family. He has 3 elder sisters. His father passed away when Nordin Hassan was 3 years old.
Pada akhir tahun 1930-an, Noordin Hassan memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya ketika belajar di sekolah ini ialah apabila pada suatu hari beliau melukis misai di gambar King George yang terdapat di kulit buku. Menurut Noordin, “Misai itu sebenarnya kurang terang, jadi saya lebatkan”. Apabila buku itu dipulangkan, gurunya telah memanggil beliau ke hadapan darjah. Dengan tidak disangka-sangkanya, gurunya menampar Noordin. Buku itu ditunjukkan kepada murid-murid dalam darjah sebagai amaran dan buku itu kemudiannya dikoyak. Peristiwa itu sentiasa menjadi kenangan dan ingatan dalam hidup Noordin kerana ternyata kemudian apabila beliau menuntut di England, mata pelajaran khusus yang diikutinya tidak lain daripada bidang seni lukis.
Noordin Hassan started his early education in Perak Road’s Sekolah Melayu, Penang. His interest in Art was evidence since childhood. One day, out of boredom, Hassan picked up the face of King George on his school book’s cover and added a heavier mouse touché. That act did not go well with his teacher and he remembers the punishment till this day.
Selepas belajar di sekolah Melayu, Noordin kemudian mengikuti kelas peralihan yang waktu itu dikenal dengan nama Special Malay Class, di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang, menggunakan pengantar Bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran. Pada sebelah tengah hari hingga petang beliau belajar mengaji Al-Quran dan sekolah agama di Masjid Rawana yang terletak di Perak Road. Ibu beliau berharap bahawa pada suatu hari nanti Noordin Hassan akan menjadi seorang alim yang mengajar pelajaran agama dan Al-Quran, seperti Imam Manaf, iaitu imam di Masjid Rawana pada masa itu.
After the Malay School, Noordin then moved into a Special Malay Class in Francis Light English School. That period started his exposure to English. Nordin attended Religious and Quranic school in Rawana Mosque, also in Penang Road. His mother inspired his son to be a religious preacher.
Noordin tidak lama belajar di Sekolah Francis Light kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Waktu itu beliau masih dalam alam remaja dan pernah bekerja sebagai ‘boy’ di sebuah rumah keluarga Jepun. Pada masa itu ada seorang Jepun, yang baik hati mengajarnya bahasa dan nyanyian Jepun, serta cerita-cerita dongeng Jepun kepada Noordin. Pengalaman ini mempengaruhi Noordin sehingga beliau begitu tertarik menonton filem-filem Jepun dan berminat pada kesusasteraan Jepun sehingga hari ini.
Noordin did not spend long in the English School. During the WW2, he served as a servant to a noble Japanese family. Again his interest in Art was evidence, and the said Japanese family thought him Japanese language, folklores and even Japanese songs. Till this day, Noordin maintains his interest in Japanese literature and films.
Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 dan Inggeris kembali di Tanah Melayu, Noordin menyambung pengajiannya di Penang Free School. Di sekolah yang dianggap sebagai ‘elit’ pada waktu itu, Noordin mempelajari kesusasteraan Inggeris dan diajar oleh guru-guru Inggeris sendiri. Beliau lulus peperiksaan Sijil Persekolahan dengan cemerlang. Noordin juga dipilih sebagai pengawas di sekolah tersebut. Beliau bangga dengan jawatannya itu di samping menjadi kapten hoki bagi pasukan sekolah, bermain bola sepak dan kriket.
After the war, Noordin resumed his English School at Penang Free School, an elite school in the north. Here, Noordin learned English literature from the source – the English teachers themselves. Noordin was also active in co-curricular. He was the school prefect, captain to the hockey team and played football and cricket. He graduated astoundingly.
Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar oleh kerajaan belajar di Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Beliau mengambil seni lukis sebagai mata pelajaran khusus. Semasa di Kirkby beliau sekali lagi mendalami kesusasteraan Inggeris dan Barat, dengan mengkaji karya-karya Shakespeare, Goldsmith dan Molierre. Selama di England beliau berpeluang menonton drama-drama Barat terutama karya-karya Shakespeare. Bagi keperluan pengajiannya, beliau telah menulis tentang J.M.W. Turner, seorang pelukis Inggeris. Noordin sempat melawat ke beberapa buah negara di Eropah, dan tidak ketinggalan mengunjungi balai-balai seni lukis.
Like any other Malay graduates then, Noordin was sent to pursueteaching at Kirkby College, Liverpool. Naturally he took Arts as specialization. Here in England, Noordin was exposed to English literatures in writings and plays. He was particularly attracted to Shakespeare, Goldsmith and Molliere. His thesis was on J.M.W. Turner, a painter. He travels extensively and visited the art houses in England and Europe.
Pada tahun 1953, Noordin pulang ke tanah air, menjadi guru Seni Lukis dan Bahasa Melayu di Sekolah Perempuan Kampung Baharu, Alor Setar. Pada tahun itu, Noordin telah mementaskan dramanya yang pertama berjudul “Tak Kunjung Kembali” yang memakan masa 40 minit. Bermulalah minatnya dalam bidang penulisan dan pementasan drama. Noordin semakin bergiat dalam lapangan drama semasa mengajar di Sekolah Sultanah Asma dan Sekolah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada masa menjadi pensyarah di Maktab Harian Alor Setar 1957-1962, beliau telah menulis dan mementaskan beberapa buah drama, di samping mempersembahkan tarian-tarian, boria dan muzika dengan para pelakonnya terdiri daripada penuntut-penuntut maktab.
Noordin returned in 1953 and served as the Art and Bahasa Melayu teacher at Sekolah Perempuan Kampung Baharu, Alor Setar. It was there that Noordin staged his first play, “Tak Kunjung Kembali”. That marked his foray into theatres and writing. Noordin then moved to Sekolah Sultanah Asma, Sekolah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar and a lecturer at Maktab Harian Alor Setar. Many of his plays, boria and musicals were played by his own students.
Pada tahun 1962, Noordin Hassan bertolak sekali lagi ke Universiti London untuk mempelajari Pengajaran Bahasa Inggeris. Semasa di sana, beliau berpeluang menonton beberapa pementasan karya dramatis-dramatis yang “avant-garde” dan “eksperimental”. Beliau tertarik hati dengan pemikiran dan cara pementasan mereka. Beliau pulang ke tanah air dalam tahun 1964, lalu menjadi penasihat bagi Persatuan Drama, Maktab Perguruan Alor Setar, kemudian beliau telah mengarahkan drama untuk Majlis Kesenian Negeri Kedah. Selepas itu, Noordin Hassan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim. Di maktab ini, lahirlah drama-dramanya yang berjudul “Bukan Lalang Ditiup Angin”, “Tiang Seri Tegak Berlima” dan “Pintu” yang dipentaskan oleh penuntut-penuntut maktab tersebut.
Noordin returned to London in 1962, studying English teaching at London University. His exposure to “avant-garde” and “experimental” theatres grew. Noordin returned in 1964 and served as the Advisor to the Drama Society, Maktab Perguruan Alor Setar. Then Noordin moved to Majlis Kesenian Negeri Kedah before relocating to Maktab Perguruian Sultan Idris, Tanjung Malim (now UPSI, Sultan Idris’ Teaching University). Here his drama “Bukan Lalang Ditiup Angin”, “Tiang Seri Tegak Berlima” and “Pintu” were staged.
Pada tahun 1976, Noordin ditukar ke Maktab Perguruan Persekutuan, Jalan Notham, Pulau Pinang. Pada akhir tahun tersebut Noordin ke England buat kali ketiga ke University of Newcastle, kerana mengikuti kursus Drama dalam Pendidikan (Drama in Education). Banyak waktu dihabiskan dengan drama. Beliau menyedari bahawa sudah sampai masanya penulis kita khususnya menulis sesuatu yang sesuai dengan keperibadian dan “Psyche” orang Melayu khasnya dan dunia amnya. Mereka harus berpegang kuat kepada falsafah dan kepercayaan hidup sendiri. Menulis bagi Noordin adalah untuk menegakkan maruah, suatu pengabdian kepada bangsa, dengan keredhaan Allah.
In 1976, Noordin was transferred to Maktab Perguruan Persekutuan, Jalan Notham, Penang. Then he returned to England, University of Newcastle to pursue Drama in Education. Noordin matures as a theatre maker and here he got his calling to write for the purpose of God.
Pada tahun 1978, Noordin Hassan bertukar ke Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Sebagai pensyarah, beliau mengajar Bahasa Malaysia, ilmu pendidikan dan memberi kursus kepada guru-guru dalam perkhidmatan mengenai pengajaran bahasa melalui drama. Beliau dilantik menjadi penasihat kepada persatuan drama maktab tersebut.
In 1978, Noordin was again transferred to Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. He thought Bahasa Malaysia and he was very passionate in Drama.
Pada tahun 1984, Noordin Hassan menyertai Bahagian Skrip dan Cereka, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pegawai kontrak. Di RTM, beliau bertanggungjawab terhadap skrip drama dan cereka untuk siaran. Sebagai seorang penulis dan pengarah drama, sumbangan Noordin Hassan telah diperkatakan dengan meluas melalui media massa sama ada akhbar, majalah atau jurnal. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia drama sejak tahun 1953, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buah drama dan koreografi tarian.
In 1984, Noordin left teaching and transferred to the Feature and Script Division, Radio and Televisyen Malaysia (RTM). Here he was responsible to the scripts of dramas to be screened. By now, he has had staged almost 30 plays and musicals.
Penghargaan / Accomplishments
Pada tahun 1972, Noordin Hassan telah memenangi Hadiah karya sastera dengan dramanya yang berjudul “Bukan Lalang Ditiup Angin”. Drama ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1979 bersama-sama dramanya yang bertajuk “Tiang Seri Tegak Berlima” dan “Pintu” dengan judul Bukan Lalang Ditiup Angin.
Noordin Hassan won the literature award for “Bukan Lalang Ditiup Angin”, in 1972. In 1979, this drama together with his other titles; “Tiang Seri Tegak Berlima” and “Pintu” was produced by Dewan Bahasa dan Pustaka, titles “Bukan Lalang Ditiup Angin”.
Selain itu dramanya yang penting termasuk “Jangan Bunuh Rama-rama”, “1400” dan “Teater Fitrah”. Kesemua drama ini masing-masing telah disiarkan dalam Dewan Sastera 1979, 1981 dan 1983. Beliau juga telah menulis skrip untuk pentomin dan tamsil bagi Majlis Pembukaan Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dari tahun 1978 hingga tahun 1985.
His other dramas, like “Jangan Bunuh Rama-rama”, 1979, “1400”, 1981 and “Teater Fitrah”, 1983 were produced. He also wrote regularly for the opening ceremonies of the national level Quranic recitation contest from 1978 all the way to 1985.
Pada tahun 1979, Noordin Hassan telah dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong. Dalam tahun 1995 pula, Noordin telah dianugerahi bintang kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’.
Noordin was awarded as Ahli Mangku Negara by the Yang di-Pertuan Agong (the King) in 1979. In 1995 Noordin’s status was elevated and he was conferred a title – Dato’.
Beliau merupakan penulis drama yang penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan akhir-akhir ini Noordin banyak menunjukkan kecenderungannya menghasilkan karya-karya drama yang mengandungi konsep dan unsur-unsur Islam. Oleh kerana sumbangan beliau yang amat bermakna dalam perkembangan seni teater tanah air, Noordin telah dianugerahi Anugerah Sastera Negara pada tahun 1993.
Noordin dramas were remembered for their Islamic influence. For his contribution to the theatres in Malaysia, Noordin Hassan was awarded the National Laureate, Anugerah Sastera Negara in 1993.
Karya / Contributions
Drama: Bukan Lalang Ditiup Angin, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 145 hlm.; Anak Tanjung, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 132 hlm,; Saya… dari Hujung Kota, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996,367 hlm.; Peran (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, 1997, 231 hlm.
Rujukan / referrals
Azizah Ali, “Tiang Seri Tegak Berlima”. Utusan Zaman, 8 Julai 1973; Malungun, “Tiang Seri Tegak Berlima Satu Karya Besar”. Utusan Zaman, 29 Julai 1973; Jebat, “Propaganda Berani dalam Drama Tiang Seri Tegak Berlima”. Mingguan Malaysia, 28 Julai 1974; Ismail Mis, “’Pintu’ Drama Terbaru Karya Noordin Hassan”. Utusan Melayu, 9 Julai 1975; Sidang Pengarang, “Noordin Hassan Mencari Satu Identiti”, Dewan Sastera, April 1979, Hlm. 26-8; Krishen Jit, “Teater Moden Malaysia – Satu Esei Retrospektif”, Dewan Sastera, April 1979, hlm 19-21; Maulana Putera, “Bukan Lalang Ditiup Angin Tinggalkan Kesan Mendalam”, Utusan Melayu, 3 Mei 1979; Mohd Nor Ismail, “Drama Maktab Banyak Ekori Noordin Hassan?”, Berita Harian, 9 Mei 1979; Abdul Aziz Bakar “Kelainan-kelainan Drama Noordin Hassan: Satu kajian Teks”, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980/81; Nancy Kathleen Nanney, “An Analysis of Modern Malaysian Drama”, Disertasi, University of Hawaii, 1983; Krishen Jit, “Toward an Islamic The Theatre for Malaysia; Noordin Hassan and ‘Don’t Kill the Butterflies’”, Asian Theatre Journal, 1984; Zaharah Ibrahim (ed.), Sejarah Kesusasteraan Melayu Jil. II, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 350, 353, 356-59, 363-65, 367, 389, Lqporan Panel Penilai Hadiah Sastera Malaysia 1990/91; “’Puan’ yang bertenaga” Dewan Sastera, Mac 1993, hlm. 73-5; Ahmad Kamal Abdullah (Peny), Jambak 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 149-63, Fatimah Ali, “Pemikiran Al-Faruqi dan Nasr dalam drama Jangan Bunuh Rama-rama karya Noordin Hassan”, Dewan Sastera, Jun 1994, hlm. 6-25; Solehah Ishak, “Etika Islam dan Drama Melayu Moden; Dikotori Baik-Jahat”, Dewan Sastera, Julai 1994, hlm 51-8; Laporan, “Hadiah Sastera Malaysia 1992/93”, Dewan Sastera, Disember 1994, hlm. 77-82; Awang Had Salleh, “Pengenalan: Noordin Hassan – Anak Tanjung dari Hujung Kota…”dlm. Saya… dari Hujung Kota. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. vii – xx; Shamsiah Sahid, “Tanggapan terhadap Antologi Drama Cindai”, Dewan Sastera, November 1996, hlm. 75-8.