You are here:   Events > Teater : Mana Setangginya > Sabrina Ali
Register   |  Login

Tarikh :: 13 - 21 Jun 2009, 8:30 pm

Lokasi :: Panggung Sari, Istana Budaya 

Harga tiket :: RM 30, 50, 70 dan 100

Sabrina Ali Dad Khan @ Iriam
 
Pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Afghanistan ini dilahirkan pada 26 Jun 1980. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dan melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
Sabrina is of Melay-Afghanistan parentage and she was born on 26 Jun 1980. Her early education was at Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur – primary and secondary.
 
Penglibatan bekas pelajar Sunway College ini dalam lapangan seni adalah secara kebetulan. Dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon kerana ilmu yang dipelajarinya sewaktu di kolej berlainan dengan bidang yang diceburinya hari ini.
Her involvement in Arts was a co-incidence. She had studied a different discipline earlier in Sunway College.
 
Telemovie pertama lakonannya pada penghujung 2002, iaitu `Lady Anne’ sempena hari raya telah memperkenalkan namanya dalam lakonan TV. Penayangan telemovie tersebut telah membuka peluang untuk beliau berlakon dalam penerbitan drama-drama TV seterusnya. Antaranya, `Astana Idaman’ (2003),  `Misteri Jeram Lesung’ (2003), `Villa Dr. Brown’ (2003), `Le Cinta Di Langkawi ‘ (2003), ‘Sephia’ (26 episod - 2004), `Haryati’ (12 episod - 2004) dan telemovie `Traffic Light’ (2004).
Her first TV appearance was in a Telemovie `Lady Anne’, ends 2002. The telemovie opened her doors to another TV dramas such as `Astana Idaman’ (2003),  `Misteri Jeram Lesung’ (2003), `Villa Dr. Brown’ (2003), `Le Cinta Di Langkawi ‘ (2003), ‘Sephia’ (26 episod - 2004), `Haryati’ (12 episod - 2004) and a telemovie `Traffic Light’ (2004).
 
Berbekalkan bakat, disiplin dan keyakinan diri, tidak hairanlah pada 2005,  beliau menerima banyak tawaran berlakon drama TV.  Antaranya, `Sembilu 3’ (26 episod), `Mahligai Gading’, ‘Salina 2’ (12 episod) dan `Biarku Sentuh Cintamu’ (26 episod).  Antara drama TV yang dibintangi beliau sepanjang 2006 pula seperti `Janji Kekasih’(13 episod), `Janji Diana’ (26 episod), `Cinta Di Hujung Canting’ (26 episod) dan ‘Astana Idaman 3’.
Sabrina’s talent, discipline and self confidence helps her to land many commercial TV productions. Amongst others, in 2005 she had acted in `Sembilu 3’ (26 episodes), `Mahligai Gading’, ‘Salina 2’ (12 episodes) dan `Biarku Sentuh Cintamu’ (26 episodes).  In 2006, she had acted in `Janji Kekasih’(13 episodes), `Janji Diana’ (26 episodes), `Cinta Di Hujung Canting’ (26 episodes) dan ‘Astana Idaman 3’.
 
Sepanjang tahun lalu (2008),  bakat lakonan Sabrina dipertontonkan  di kaca TV menerusi  7 buah drama, antaranya `Cinta Bukan Dusta’ (26 episod), `Janji Diana 3’ (26 episod), `Minah Lodeh Tipah Lepat Berpuasa’ (16 episod), `Puteri Salju’ (20 episod);  sementara di awal 2009, namanya masih menjadi buruan di kalangan penerbit dan pengarah drama TV apabila muncul dalam ‘Matahari’ (44 episod).
In 2008, Sabrina appeared in 7 dramas, among them are `Cinta Bukan Dusta’ (26 episodes), `Janji Diana 3’ (26 episodes), `Minah Lodeh Tipah Lepat Berpuasa’ (16 episodes), `Puteri Salju’ (20 episodes). Early in 2009, she appeared in ‘Matahari’ (44 episodes).
 
Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan, malah Sabrina juga memiliki bakat sebagai pengacara TV. Kini, beliau pengacara untuk mengendalikan rancangan `Sihat, Cergas, Cerdas’ (13 episod) yang sedang disiarkan di TV1, RTM.
Apart from TV dramas, Sabrina also does TV hosting. Her show `Sihat, Cergas, Cerdas’ (13 episodes) is now showing in TV1, RTM
 
‘Mana Setangginya’ merupakan penampilan pertama Sabrina di pentas teater.
‘Mana Setangginya’ marks Sabrina first appearance in theatre.