You are here:   Events > Teater : Mana Setangginya > Shaharuddin Thamby
Register   |  Login

Tarikh :: 13 - 21 Jun 2009, 8:30 pm

Lokasi :: Panggung Sari, Istana Budaya 

Harga tiket :: RM 30, 50, 70 dan 100

Shaharuddin Thamby @ Hawar
 
 
Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang lakonan teater, drama  dan filem, sama ada terbitan tempatan dan antarabangsa, Shaharuddin menerima pendidikan dalam bidang lakon di Markas Lakonan Drama Centre di bawah tajaan FINAS selama tiga tahun.
Shaharuddin Thamby accumulates more than 25 years experiences in theatres, dramas and films. He is a product of FINAS’ Centre of Drama (Acting).
 
Aktif berlakon di pentas teater sehingga melebarkan kerjaya seninya ke drama TV seterusnya ke filem tempatan dan antarabangsa. Selain ‘Jiwa Merdeka’ arahan Mustafa Noor di awal lakonan pentas Shaharuddin sekitar tahun 80-an, beliau turut berlakon dalam ‘Tun Perak’ (2000) arahan Hatta Azad Khan, `Malam Ini Penyu Menangis’ arahan Noordin Hassan, `Menjelma Menghilang’ arahan Anuar Ridhwan, `Uda dan Dara’ arahan Zaifri Husin, `Bangsawan Tun Fatimah’ (2004) dan `Macbeth’ (Yang Berdarah) arahan Sufiat Mukri pada 2007.
Shaharuddin Thamby was active in theatres. His first play was ‘Jiwa Merdeka’, directed by the lateMustafa Noor. He also acted in ‘Tun Perak’ (2000), directed by Hatta Azad Khan, `Malam Ini Penyu Menangis’ directed by Noordin Hassan himself, `Menjelma Menghilang’ directed by Anuar Ridhwan, `Uda dan Dara’ an earlier direction of Zaifri Husin, `Bangsawan Tun Fatimah’ (2004) and `Macbeth’ (Yang Berdarah) directed by Sufiat Mukri in 2007.
 
Lakonan beliau dalam drama TV cukup menyerlah, antaranya `3 Janda’, `Merpati Putih’, `Kamelia Katrina’, `2 Kali Mencintaimu’, `Dari Mata Arisa’, `Jalan Pintas’ dan `Wasiat Fitri’. Turut berlakon filem ‘Bintang Malam’ (1991), `XX-Ray’ (1992), `Pemburu Bayang’ (1993), `Ujang’ (1994), `Pesona Cinta’ (1995), Azam (1996), `Raja Melewar’ (1997), `Leftenan Adnan’ (2000), `Bicara Hati’ (2004), `Cicak Man’ (2006) dan `Rempit V3’ arahan Farid Kamil.
His TV repertoire is impressive. Amongst them are `3 Janda’, `Merpati Putih’, `Kamelia Katrina’, `2 Kali Mencintaimu’, `Dari Mata Arisa’, `Jalan Pintas’ and `Wasiat Fitri’. He also acted in films such as ‘Bintang Malam’ (1991), `XX-Ray’ (1992), `Pemburu Bayang’ (1993), `Ujang’ (1994), `Pesona Cinta’ (1995), Azam (1996), `Raja Melewar’ (1997), `Leftenan Adnan’ (2000), `Bicara Hati’ (2004), `Cicak Man’ (2006) and `Rempit V3’.
 
Beliau bukan sahaja terkenal dengan lakonan filem tempatan, malah turut terlibat dalam produksi filem bertaraf antarabangsa. Antaranya `Dadah Connection’ (1992) di bawah produksi Sunny Filem Production arahan Tobby Russell, `50 – 50’ (1995), terbitan Hollywood Pictures arahan Charles Martin Smith dan ‘DON’ (2006), sebuah filem Bollywood diterbitkan Excel Entertainment arahan Farkhan Akhtar.
Shaharuddin also acted in several foreign productions, such as `Dadah Connection’ (1992) of Sunny Filem Production and directed by Tobby Russell, `50 – 50’ (1995), produced by Hollywood Pictures and directed by Charles Martin Smith and ‘DON’ (2006), a Bollywood film produced by Excel Entertainment, directed by Farkhan Akhtar.
 
Sepanjang karier lakonannya, Shaharuddin telah merangkul beberapa anugerah, Anugerah Seri Angkasa (1991) sebagai Pelakon TV Lelaki Terbaik menerusi  ‘Drama Kebangkitan’, Anugerah Filem Malaysia ke-10 (1992) sebagai Pelakon Filem Pembantu Lelaki Terbaik  menerusi filem `Bintang Malam’ dan Anugerah Skrin TV3 (2003) sebagai Drama Terbaik menerusi drama `Aduhai Esah’ diterbitkan oleh Ardwerk Production Sdn. Bhd.
In his career, Shaharuddin has bags several awards such as Best TV Actor in Anugerah Seri Angkasa (1991), for Drama Kebangkitan, Best Supporting Actor in Anugerah Filem Malaysia ke-10 (1992), via `Bintang Malam’ and Best Drama in Anugerah Skrin TV3 (2003), via Drama named `Aduhai Esah’ produced by Ardwerk Production Sdn. Bhd.
 
Turut terlibat dalam penyertaan mewakili Malaysia ke acara peringkat antarabangsa sama ada festival filem dan persembahan teater. Antaranya Cannes Filem Festival yang berlangsung di Perancis, Minggu Filem Malaysia yang berlangsung di China, Asia Pacific Filem Festival di Taiwan, menyertai pementasan teater ‘Matinya Seorang Pahlawan’ di University of Oriental Studies di London dan filem antarabangsa ‘DON’ di India.
Shaharuddin represented Malaysia to Cannes Film Festival, Minggu Filem Malaysia, China and Asia Pacific Filem Festival, Taiwan. A theatre play played by him, ‘Matinya Seorang Pahlawan’ was staged in University of Oriental Studies, London.
 
Kini, masih dan terus aktif sebagai pelakon sepenuh masa dan menjadi penerbit sebuah syarikat produksi.
Now Shaharuddin is still active in acting and he also has a Production house of his own.