Tony Eusoff @ Juda
Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph, pelakon berketurunan Bidayuh dari Sarawak ini memulakan kariernya dalam bidang peragaan sebelum menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.
Tony Eusoff or his real name, Anthony Joseph is Sarawakian of Bidayuh descendants. He started off as a model before embarking into acting and hosting.
Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kepujian Senibina, Universiti Malaya, penglibatan Tony dalam lakonan bermula menerusi drama TV. Atas minat, beliau mencuba dan berjinak pula berlakon di pentas teater. Antara teater lakonannya, `The Girl From Ipoh’ (2005), `Electronic City’ (2005), ‘Encore! A Night of Songs From Malaysians Musicals’ (2005), `Jalan Impian’ (2005), `Bangsawan Naga Chini’ (2006), `Tunku! The Musical’ (2007) dan ‘Rose, Rose I Love You’ (2007).
Tony is an Architect, by training; he graduated from Universiti Malaya. His involvement in Arts starts with modelling, then TV and then theatre. Among his plays are `The Girl From Ipoh’ (2005), `Electronic City’ (2005), ‘Encore! A Night of Songs From Malaysians Musicals’ (2005), `Jalan Impian’ (2005), `Bangsawan Naga Chini’ (2006), `Tunku! The Musical’ (2007) dan ‘Rose, Rose I Love You’ (2007).
Dalam lakonan drama TV, beliau penah membintangi `Astana Idaman 2’ (2004), `Mahligai Gading’ (2005), `Simbiosis’ (2005), `Siapalah Aku Di Hatimu’ (2005) dan Skuad Elit (2005), di samping telemovie seperti `The Bequest` (2005 - Singapura), `Kabus Merdeka’ (2005), `Dilema Wanita’ (2005), `Dendam’ (2006) dan `Igauan Semalam’ (2006).
In TV, he has acted in `Astana Idaman 2’ (2004), `Mahligai Gading’ (2005), `Simbiosis’ (2005), `Siapalah Aku Di Hatimu’ (2005) and Skuad Elit (2005), apart from telemovies such as `The Bequest` (2005 - Singapura), `Kabus Merdeka’ (2005), `Dilema Wanita’ (2005), `Dendam’ (2006) and `Igauan Semalam’ (2006).
Selain terlibat sebagai pelakon drama di kaca TV, kelibat Tony turut kelihatan sebagai pelakon iklan untuk komersial Panadol Actifast, Febreeze, Tumix Ajinomoto, Toshiba “Daisekai”, ICI Dulux, Maxis, Sony Wega, Strepsils, Munchies dan banyak lagi.
His familiar face appeared in commercials for Panadol Actifast, Febreeze, Tumix Ajinomoto, Toshiba “Daisekai”, ICI Dulux, Maxis, Sony Wega, Strepsils, Munchies and many more.
Antara filem yang dibintanginya, ‘Gila Bola’ (2003), `Di Ambang Misteri’ (2004), ‘Cinta’ (2006), `Akhirat’ (2008) dan `Sepi’ (2008).
Amongst his films are ‘Gila Bola’ (2003), `Di Ambang Misteri’ (2004), ‘Cinta’ (2006), `Akhirat’ (2008) and `Sepi’ (2008).
Turut aktif dalam bidang nyanyian. Beliau sering diundang untuk pelbagai persembahan jamuan makan malam, termasuk persembahan khas malam gala Miss Malaysia 2009 baru-baru ini.
Tony also dabbles in Singing. He did a lot of dinner shows and amongst his big events was the Gala dinner for Miss Malaysia 2009 recently.
Dalam bidang pengacaraan TV, Tony pernah mengendalikan rancangan realiti TV `Malaysia’s Most Beautiful’ (8TV), `Living It!’ dan `Misadventure of Tony & Alvin’ (program usaha sama Malaysia dan Filipina).
Tony also does TV hosting. Tony used to compare the reality TV show ‘Malaysia’s Most Beautiful’ (8TV), `Living It!’ and `Misadventure of Tony & Alvin’ (a Malaysia and Philippines joint production).
Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah ‘Most Promising Performer’ di BOH Cameronian Awards (2006) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (TV3) 2008.
In theatre, Tony received a nomination for the ‘Most Promising Performer’ at the BOH Cameronian Awards (2006) and Best Supporting Actor in Anugerah Skrin (TV3) 2008.
Di pentas Istana Budaya, `Mana Setangginya’ merupakan teater kedua lakonan Tony selepas `Bangsawan Naga Chini’ (2006).
`Mana Setangginya’ will be Tony’s second performance in Istana Budaya, after `Bangsawan Naga Chini’ (2006).