Ekstravaganza Konsert Solo Jamal Abdillah
30th Mei - 2 June 2013
Istana Budaya, Panggung Sari
Sinopsis
Konsert Solo Jamal Abdillah yang akan menampilkan karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee bersama iringan 55 pemuzik professional . Akan mendendangkan 24 lagu hit dari karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee dengan susan muzik yang lebih kontemporari dan segar.Program ini adalah sebagai mengisi sambutan Hari Seniman . Mendapat kerjasama yang erat dari pihak Istana Budaya dan Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
M.Nasir
28th,29th,30th June 2013
Istana Budaya, Panggung Sari
SINOPSIS
Sang Pecinta di Panggung Seri Istana Budaya kali ini cukup istimewa dibawa oleh Bombbay Worldwide bakal membawa peminat ke dalam alam ilusi M. Nasir dengan lebih mendalam lagi serta menyentuh jiwa.
Gabungan karya M.Nasir dan sentuhan kreatif Bombay akan menghidupkan suasana teruja dan asyik untuk penonton mengembara bersama didalam kembara Sang Pecinta ke alam yang dicintai oleh M. Nasir iaitu Muzik, Seni dan Alam secara transformasi muzik ke visual yang penuh artistik dan fantasi.
Kehebatan konsert M.Nasir Sang Pecinta akan terserlah dengan gabungan pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia) pasti membawa satu pembaharuan yang lebih baik buat karya muzik M. Nasir untuk para peminat setianya.
KONSERT M.NASIR TELAH DITUNDA KE TARIKH BAHARU. MOHON SEMUA YANG TELAH MEMBELI TIKET SEMAK STATUS DENGAN MENGHUBUNGI TICKET2U DI TALIAN 03- 41478600
Di maklumkan tarikh Konsert M Nasir Sang Pencipta telah ditukar dari 7-9 Jun kepada 28-30 Jun 2013. Pertukaran tarikh ini menjanjikan satu persembahan yang lebih baik dan mantap buat peminat setia M Nasir dan muzik tempatan. Bagi anda yang telah membeli tiket bertarikh 7 Jun anda akan ditempatkan pada 28 Jun (Jumaat ke Jumaat). Begitulah juga untuk hari Sabtu dan Ahad. Tiket anda masih sah digunakan pada hari persembahan terbaru tersebut. Bagi anda yang belum mendapatkan tiket, dapatkan ia segera. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 019 2111 600
Konsert Eksklusif dan Makan Malam Jamal Abdillah dan Saleem
14 June 2013, 8:00PM
Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa, Pulau Duyong, Terengganu
Gabungan 2 nama besar Jamal Abdillah dan Saleem di atas satu pentas menjayakan Makan malam dan konsert secara eksklusif .Konsert yang akan berlangsung selama 2 jam 30 minit ini akan mengandingkan 2 nama besar di dalam bidang seni suara ,khas bagi tatapan peminat Pantai Timur khasnya.Penonton bakal disajikan dengan tidak kurang dari 20 lagu popular serta lagu khas yang akan disampaikan oleh dua penyanyi tersohor secara duet seperti Ghazal untuk Rabiah dan Gerhana Cinta Luka. Semoga anda terhibur